Qistina Raisah Kata Netizen ‘Over’ Gara-Gara Dikaitkan Isu Bercinta Dengan Lelaki Lebih Berusia

Sponsored

Pelakon remaja Qistina Raisah sebelum ini menjadi bualan netizen selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki yang dikatakan adalah kekasihnya.

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah perbezaan umur yang ketara di antara mereka memandangkan pelakon itu baru sahaja berusia 14 tahun. Malah ada yang meminta Qistina untuk hanya fokus kepada kerjayanya sahaja dan tidak terlibat dengan sebarang gosip cinta.

Sponsored

Baru-baru ini, Qistina tampil di dalam sebuah temu bual bersama rancangan Melodi di mana dia menjawab persoalan netizen mengenai hubungannya dengan lelaki tersebut.

Menurutnya, dia tidak mahu mendedahkan siapakah identiti lelaki yang bergambar bersamanya di dalam kereta itu. Tambahnya, gambar tersebut hanyalah sekadar ‘selfie’ bersama kawan dan bukannya gambar yang perlu digembar-gemburkan.

Sponsored
Netizen yang over
@melodiberapi

‘Mak saya okay je’ haa dengar tu. Qistina Raisah tenang je jawab. #meloditv3 #fyp #daddykugengster #fypシ #qistinaraisah

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Biarlah rahsia kan, korang tunggu sahaja apa nak jadi, jadilah. Tapi sebenarnya bagi saya netizen over lah jugak sebab gambar itu tak ada lah berpeluk atau berpegang tangan. Hanya selfie dengan kawan-kawan.”

Qistina menyifatkan netizen sebagai ‘over’ dalam mengulas mengenai isu tersebut namun tidak menafikan faktor umur di antara mereka yang menjadi bualan ramai.

Sponsored

Memandangkan pelakon itu baru sahaja berusia 14 tahun, gambarnya bersama lelaki berusia 21 tahun itu dikecam ramai kerana Qistina masih lagi di bawah umur dan perlu dipantau oleh orang tuanya.

Komen ibu Qistina

Dalam masa yang sama, ibu kepada pelakon remaja itu memberitahu dia tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh netizen. Menurutnya, dia sentiasa mendoakan anak-anaknya dihindari dari sebarang fitnah yang tidak berasas.

“Memang korang ada mulut untuk bercakap, nak komen negatif atau positif itu terpulang tapi bagi saya kalau hati itu bersih dan baik, kita kena fikir yang baik-baik.”

Sebelum ini, Qistina memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki di dalam kereta dan dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Susulan kecaman hebat yang diterima di perkongsian tersebut, Qistina telah menutup ruangan komen di gambar tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.