Radhi OAG Tolong Tolak Kereta Rosak Bersendirian – “Bukan Senang Nak Tlg Orang Tengah Panas”

Sponsored

Vokali bagi kumpulan OAG dikenali dengan nama Radhi baru-baru ini menerima pujian ramai. Ini kerana susulan satu video dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial memaparkan Radhi OAG tolong tolak kereta yang rosak di tengah jalan.

Dalam perkongsian video tersebut, dipaparkan sebuah kenderaan yang sedang dipandu tiba-tiba enjinnya tidak hidup. Dalam keadaan jalan yang tengah sesak itu kelihatan seorang lelaki sedang berlari di tepi jalan menuju ke arah kenderaan tersebut.

Sponsored

Lelaki itu mahu tolong tolak kereta itu ke tepi. Dalam keadaan seorang diri, rupa-rupanya Radhi OAG tolong tolak kereta tersebut. Berikut adalah perkongsian beberapa tangkap layar dari video yang dimuat naik semula menerusi akaun Facebook ini:

Dalam rakaman itu nampaknya Radhi OAG bersungguh-sungguh bantu individu berkenaan. Malah apa yang lebih mencuri perhatian adalah kelihatan seorang kanak-kanak berbaju uniform sekolah berlari ke arahnya.

Sponsored

Difahamkan kanak-kanak itu adalah anak Radhi dan dia dalam perjalanan menghantarnya ke sekolah sebelum terserempak dengan individu perlukan bantuan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka dengan memuji tindakan pantas vokalis kumpulan berkenaan. Berikut antaranya:

Sponsored

“Sambil hantar anak sekolah..Sambil buat pahala..terbaik Radhi”

“Terbaik Radhi. Bro lu memang legend. Semoga kenaikan anda di balas oleh Allah berlipat ganda”

“Oh yang masuk mahkamah baru2 ni tu ke. Memang terbaik tolong orang. Sikap yang terpuji”

“Time dia lari tu rasa macam ada lagu background..Hehe”

SumberFacebook