“Serius gilerr”- Cubaan Ain Edruce tanya Amirul cara ‘end live’ bikin netizen gelak besar

Sponsored

Pasangan popular, Ain Edruce dan Amirul merupakan antara pasangan yang begitu disukai pengguna media sosial. Mana tidaknya, Ain Edruce yang juga dikenali sebagai seorang Youtuber dan TikToker sering mengundang ramai terhibur dengan perangai selambanya.

Malah disebabkan suaminya, yang dikenali sebagai Amirul membuatkan bertambah seronok warganet mengikuti perkembangan mereka di Instagram apabila perangai bersahaja Amirul membuatkan dia juga mempunyai peminat.

Sponsored

Terbaharu, pasangan ini tular lagi membuatkan orang ramai tidak dapat menahan ketawa apabila Ain Edruce membuat video live namun tidak tahu bagaimana untuk tutup live tersebut. Oleh disebabkan Ain Edruce adalah salah seorang selebriti TikToker terkenal, gelagatnya itu mencuit hati ramai.

Lebih membuatkan warganet tergamam kerana kelucuan pasangan ini adalah disebabkan Ain Edruce bertanyakan pula suaminya cara untuk tutup video live tersebut yang sedia maklum suaminya itu tidak tahu.

Sponsored

Reaksi selamba Amirul menjawab pertanyaan isterinya itu dan sempat meminta Ain Edruce untuk bertanyakan ‘orang dalam’ iaitu penonton video live tersebut tentang cara itu membuatkan orang ramai tidak dapat menahan ketawa dengan kecomelan pasangan berkenaan yang tidak perlu membuat lawak kerana gelagat begitu sahaja sudah cukup membuatkan peminat mereka terhibur.

‘Tanya lah orang dalam tu, Hahaha Mirul’

Sponsored

‘Diorang ni tak yah buat lawak pun dah kelakar’

‘Ditanyanya Mirul, Mirul kalau senyum time TikTok pun dah Alhamdulillah sangat’

‘Hahaha tak leh la part Mirul tanya lah orang dalam tu, hahahhaa’