Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini. Bakat nyanyiannya cukup luar biasa sekali dan diiktiraf bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.
Biarpun sudah lama berada dalam industri hiburan, sejak remaja lagi kemunculan di mana-mana pentas sering mendapat perhatian umum. Manakan tidak, sehingga kini suara nyanyiannya masih merdu dan lunak sama seperti zaman remajanya.
Terbaharu, satu rakaman dengan paparan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sedang rehearsal di pentas telah mencuri perhatian. Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini dilihat sedang sound check bagi persembahan lagu 7 Nasihat.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila Tok Ti nyanyi bahagian rap bagi menggantikan rakan duetnya yang lambat sampai. Berikut adalah rakaman tersebut:
Rakaman Tok Ti nyanyi bahagian rap ini telah membuatkan ramai teruja dan akui terkejut tak sangka dia boleh melakukannya. Apatah lagi ramai setuju yang Tok Ti rap ini dengan merdu sekali.
Rata-rata warganet menghujani kata pujian mereka di ruangan komen perkongsian ini. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian video dimuat naik oleh Rozisangdewi tersebut:
“Lagu 7 Nasihat paling best serious. Power ah TokTi siap rap. Luca sebijik dengan Sufian Suhaimi”
“Tok Ti cakap muzik naik sikit pun dah sedap..Acaner tu”
“Dato Siti kalau baca berita pon macam menyanyi”
“Tok Ti ni dah kalau bersin pun sedap. Rap tak yah cerita la”