Shila Amzah Enggan Kahwin Selagi Tiada Lamaran Rasmi, “Selagi Awak Tak Propose Betul2…”

Sponsored

Kisah percintaan penyanyi terkenal, Shila Amzah dan pempengaruh dikenali sebagai Ubai sudah pun diketahui umum. Keterbukaan Shila dan Ubai menceritakan mengenai percintaan mereka membuatkan ramai teruja mengetahuinya.

Untuk info, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dan Shila Amzah memiliki perbezaan jarak usia yang agak jauh menjadikan pasangan ini sering menjadi tumpuan ramai.

Sponsored

Terbaharu ada khabar angin mengatakan pasangan ini akan berkahwin dalam tempoh terdekat. Namun menerusi sesi live di TikTok baru-baru ini Shila Amzah dan Ubai dilihat bergurau perihal tersebut.

Dalam rakaman tersebut mereka ditanya tentang adakah akan menamatkan zaman solo masing-masing dalam masa terdekat. Namun jawapan Ubai dalam nada gurauan adalah seperti berikut:

Sponsored

@hypemalaysia

Hold up! Are Shila Amzah and Ubai Mz actually tying the knot this weekend?

♬ original sound – Hype Malaysia – Hype Malaysia

Bagaimanapun, lain pula jawapan penyanyi wanita ini apabila dia memberitahu kepada peminatnya dalam sesi tersebut yang Shila Amzah enggan kahwin selagi tiada lamaran rasmi dari kekasih hatinya itu.

Sponsored

“Selagi awak tak propose betul-betul saya tak akan kahwin dengan awak”, kata Shila Amzah dalam rakaman sesi live dikongsikan semula oleh pengguna TikTok tersebut.

Terdahulu spekulasi hubungan cinta Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan mengenai status perhubungan pasangan ini. Malah penyanyi ini, Shila Amzah enggan kahwin dalam masa terdekat dalam satu kenyataan kepada media.

Untuk info, Shila Amzah pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dan dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

SumberTikTok