Ramai persoal lepas video Hun Haqeem ‘peluk’ wanita tular, “Kak tu tak over so mesti adikberadik”

Sponsored

Sebut sahaja nama Hun Haqeem, ramai yang semakin mengenali pelakon kacak ini apatah lagi selepas membintangi drama popular berjudul Kampung People yang mana dia memegang watak sebagai Jekfer. Lakonannya itu sekali gus membuatkan dia sehingga kini sentiasa menjadi sorotan ramai.

Hun Haqeem bagaimanapun baru-baru ini mendapat perhatian peminatnya selepas dia disambut begitu meriah ketika berada di tempat umum. Gelagat pelakon kacak ini juga dirakam oleh ramai pihak sehingga tular pula di media sosial.

Sponsored

Namun begitu, satu rakaman video Hun Haqeem ternyata membuatkan timbul rasa terkejut buat segelintir pihak selepas dia dilihat sedang berjalan namun secara tiba-tiba menyapa seorang wanita yang berada bersama peminat Hun Haqeem. Keadaan yang begitu meriah dengan peminatnya itu bagaimanapun menyebabkan video Hun Haqeem bersama wanita terbabit menjadi bualan.

Dalam rakaman video yang tular ini, Hun Haqeem dilihat secara spontan memeluk seorang wanita dan salam tangannya. Kejadian itu sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila ramai yang tidak mengetahui identiti wanita terbabit.

Sponsored

“Ko gatal siap ko,” seloroh yang ditulis menerusi ruangan kapsyen yang dalam pada itu nampaknya melalui ruangan komen semakin ramai yang ‘hadir’ di ruangan komen untuk memberitahu bahawa wanita terbabit difahamkan adalah kakaknya sendiri.

‘Kakak Hun Haqeem la…’

Sponsored

‘First dia salam tangan, maksudnya keluarga dia lah…’

‘Kak tu tak over so mesti adikberadik’

‘Kakak dia tu…’

Sumber_rockaway