Ramai Sangkal Dengan Tuduhan Watie Tumpang Kesenangan Shuib -“Sebelum Kenal Dia Pun Dah Mewah..”

Sponsored

Rasanya ramai yang sudah maklum akan hubungan antara Shuib dan seorang usahawan wanita bernama Watie ini. Status hubungan pelawak dan penyampai radio bersama wanita berkenaan telah mendapat perhatian umum.

Apatah lagi apabila Watie berhubungan dengan seorang selebriti terkenal. Setiap apa yang dikongsikan di sosial media oleh Watie turut mendapat perhatian umum.

Sponsored

Malah baru-baru ini Watie berkongsikan satu video dirinya sedang memandu bersantai di dalam kereta sambil miming dengan lagu di radio. Namun ruangan kapsyen yang ditulis olehnya telah meraih perhatian netizen.

“Cuba tag siapa lelaki idaman korang?”, tulisnya di ruangan kapsyen. Berikut adalah muat naik video pendek oleh wanita ini menerusi akauan Instagram dengan nama iamwatie:

Sponsored
https://www.instagram.com/reel/Cpg51zmDirQ/?igshid=MDJmNzVkMjY=

Biarpun hanya bertanyakan soalan begitu, di ruangan komen lain pula jadinya. Ada netizen tuduh Watie tumpang kesenangan Shuib sebab itu adalah alasannya memilih selebriti berkenaan.

Bagaimanapun dakwaan itu ditepis oleh netizen lain dengan mengatakan Watie sendiri ada perniagaan dan pendapatan sendiri. Berikut antara reaksi netizen tuduh Watie tumpang kesenangan Shuib dan lain-lain itu:

Sponsored

“Kalau Sooeb tu takdek harta memang tak ada la hadir nya si watie. Ada duit muka tolak tepi…”

“Cantik, pandai cari duit. Memang cukup pakej Watie ni! Lurve sangat”

“Dah rezeki dia. Kalau ikutkan dia cantik kaya pun. Boleh je dapat lagi kaya lagi helok dari Shuib tu..Mungkin itu yang sesuai dengan dia. Doa saja yang elok2 yang elok2 berbalik jugak kat kita”

“dia pun ada business dia sendiri sebelum dia kenal Shuib. Dia pun dah mewah so jangan terus pandang serong pada seseorang”