Tular di Tik Tok video seorang lelaki yang menerima pujian ramai di atas tindakannya ini semasa membeli makanan di sebuah restoran makanan segera. Difahamkan, lelaki itu membeli makanan di restoran terbabit untuk dibawa pulang namun pada awalnya dia tidak perasan ada yang tidak cukup.
Dia juga hanya menyedari perkara itu pada petang tersebut di mana burger yang dibelinya tidak diberikan walaupun sudah membayarnya. Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah lelaki itu tidak melenting melihat kecuaian pekerja di situ sebaliknya menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
“Jangan marah-marah, relak sahaja. Biasalah, manusia mesti ada buat silap kan? Kita semua manusia, kita semua ini pelupa. Jom, kita pergi ambil balik burger itu, kita minta pada mereka.”
Lelaki itu kemudiannya kembali semula ke restoran tersebut dan menjelaskan dengan baik tentang apa yang berlaku. Tidak lama kemudian, pekerja restoran menyerahkan baki makanan yang tertinggal sebelum ini dan memohon maaf di atas kejadian tersebut.
Tambah lelaki itu, setiap manusia pastinya akan melakukan kesalahan dan tidak perlu untuk berasa marah jika berlaku situasi seperti itu. Sikap tenang yang ditunjukkan oleh lelaki ini telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan yang diambilnya ini.
Malah netizen menganggap sangat susah untuk melihat pelanggan menyelesaikan masalah seperti itu dengan tenang tanpa perlu melenting. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan lebih ramai lagi manusia yang dapat mencontohi tindakan lelaki ini.
“Mantap bang sejuk hati tengok content macam ni…”
“Lebih baik cara ni daripada bising-bising, respect.”
“Cara macam ni confirm hidup akan tenang.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.