Filem tempatan yang menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini, Imaginur mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya meraih kutipan RM3 juta setelah hampir 2 minggu ditayanglan di pawagam.
Satu rekod terbaik buat filem tempatan yang menampilkan pelakon berbakat besar, Beto Kusyairi dan Diana Danielle sebagai pelakon utamanya. Biarpun berhadapan dengan pelbagai kritikan, namun hasil kutipan ini adalah bukti kejayaan Imaginur.
Bukanlah sebuah filem aksi mahu pun misteri, berada dalam kelasnya tersendiri. Terbaharu seorang pengguna Tiktok berkongsikan di sebalik tabir penghasilan poster filem ini menerusi akaunnya.
Berikut adalah perkongsian di sebalik tabir penghasilan poster Imaginur yang menjadi perhatian ramai ini:
Dalam poster tersebut kelihatan Beto Kusyairy berpimpin tangan dengan Diana Danielle. Namun di pembikinan poster tersebut rupanya Beto Kusyairy tak pegang tangan Diana Danielle, tapi tangan seorang lelaki.
Perkongsian rakaman pendek di sebalik tabir pembikinan poster Imaginur dengan paparan Beto Kusyairy tak berpegang tangan Diana Danielle ini telah menjadi perhatian ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Beto Kusyairy tak pegang tangan Diana Danielle itu:
“Seriuslah sebagai orang yang selalu tengok lakonan Beto, dia kalau berlakon memang sentuh peluk je. Tapi tak tahu lah kalau sekarang memang dia dah pegang prinsip tak sentuh”
“Kalau saya jadi pelakon, saya nak guna teknologi ni gak la”
“Ni baru bagus suami hormat isteri kalau tak dah kena bantai habis”
“Part yang peluk tu dia peluk lelaki mana sebab tak nampak muka”