Sekali lagi keluarga bahagia, pelawak terkenal dan pelakon iaitu Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti menjadi sorotan ramai apabila Sari Yanti diruangan media sosial miliknya berkongsikan momen mereka bersama kepada peminat dan pengikut lalu mencuri tumpuan mereka.
Sekadar info, Jep berkahwin dengan Sari Yanti pada Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata yang diberi nama Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Sari Yanti atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari mempunyai dua anak lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Bahagia dengan lima cahaya mata
Selain foto-foto dikongsikan Sari Yanti yang memaparkan lima cahaya matanya, video yang tular ini juga membuatkan ramai tertarik menyaksikan kebahagiaan keluarga selebriti ini yang bahagia bersama. Jep dan lima anaknya yang semakin membesar itu juga sekali gus mencuri tumpuan warganet.
Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kelima-lima anak mereka itu seiras dengan Jep selain seronok menyaksikan keluarga bahagia ini yang sering dilihat meluangkan masa bersama sehingga ditinggalkan juga ribuan tanda suka.
Ramai kata iras Jep
Selain berpendapat lima anak mereka itu mempunyai iras pelawak terkenal tersebut, mata anak-anak pasangan ini juga menjadi tumpuan ramai apabila dipuji cantik seperti Sari Yanti.
‘Semua muka Jep’


‘Semua ikut muka Jep…’
