Reaksi Mas Idayu lepas Nabil Ahmad tanya tentang ‘join’ GV10 jadi tumpuan ramai

Sponsored

Terdahulu gara-gara ramai yang mengkritik cara juri tetap rancangan Famili Duo pada minggu keenam iaitu Mas Idayu atau turut mesra dengan panggilan Mummy terhadap penyanyi, Sissy Imann mencetuskan isu tersebut menjadi perhatian sehingga timbul pelbagai kritikan terhadapnya.

Malah ada netizen juga mendesak agar penyanyi dangdut popular itu untuk menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza. Cadangan itu difahamkan untuk mereka melihat sejauh mana nyanyian penyanyi tersebut.

Sponsored

Mas Idayu diminta sertai GV10

Namun begitu, meski isu antara Mas Idayu dan Sissy Imann telahpun selesai apabila mereka pada akhir rancangan dilihat bergambar bersama namun tentang menyertai Gegar Vaganza kembali menjadi bualan.

Sponsored

Ini kerana menerusi siaran radio Era FM, mummy Mas Idayu dilihat hadir sebagai tetamu yang ditemu bual oleh Azad Jasmin dan Nabil Ahmad selaku penyampai radio. Mas Idayu turut ditanyakan mengenai menyertai GV10 dan dia mengambil kesempatan itu untuk sekali lagi menerangkan perkara itu.

“Nah, bukan Azad Jasmin je kena sound, Nabil Ahmad pun kena jugak sebab dia ajak Mummy Mas Idayu join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys,”

Sponsored

“Mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan level dia. Mummy dah level superstar kot.” Tulis di perkongsian Era.Je menerusi Instagram yang mana reaksi Mas Idayu itu turut mencuri tumpuan ramai.

SumberEra.Je