Video rumah Tokti pula viral, “Cantik tapi terlampau banyak barang”

Sponsored

Baru-baru ini, beberapa rumah selebriti menjadi tumpuan apabila ruangan dalam rumah mereka mencetuskan inspirasi buat peminat namun terbaharu rumah milik penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti pula tular di media sosial.

Rumah milik penyanyi ini bagaimanapun acap kali viral, mana tidaknya sikap sporting Tokti membuatkan orang yang melalui jalan rumahnya tidak kekok untuk memanggilnya. Malah Tokti sendiri pernah berkata dia turut menyahut panggilan peminat namun tidak mengetahui jika didengari mereka.

Sponsored
@pallitt.aiskrim

Terima kasih kerana sudi jemput Pal Litt ♥️ #upstorydulubarulayan

♬ Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza

Menerusi satu perkongsian ini pula memaparkan suasana rumah milik penyanyi terkenal ini yang terdahulu sering tular. Nampaknya selepas sering tular, peminat akhirnya dapat melihat suasana dalam rumah Tokti yang ditunjukkan oleh seorang individu.

Muat naik semula ini bagaimanapun membuatkan bahagian depan rumah penyanyi tersohor ini mencuri tumpuan ramai dengan keluasan rumahnya ini.

Sponsored
@m.s.zone

house tour rumah #sitinurhaliza #fyp #foryourpage kredit: amran azahar (lenteracreativehome)

♬ Mahligai Asmara – Siti Nurhaliza

Walaupun begitu, ternyata ada juga yang merasakan dekorasi yang penuh itu kelihatan ‘serabut’ namun apabila berkaitan dekorasi setiap orang pasti mempunyai kesukaan mereka sendiri. Jadi diruangan komen, ada juga yang menghujani dengan reaksi pujian terhadap rumahnya itu.

‘Cantik rumah Siti Nurhaliza’

Sponsored

‘90% decorasi dari Datuk K sendiri. Siti ikut saja sebab dia cakap dia tak pandai bab hiasan rumah’

‘Lawa. Tapi saya suka rumah mewah tapi kemas barang-barangnya modern style’

‘Cantik tapi terlampau banyak barang, kalau tkde maid murung gak nak spring cleaning’