Reaksi Nora Danish Isu Penyondol, Akui Emosi Turut Terusik

Sponsored

Umum sedia tahu sejak akhir-akhir ini semakin banyak pula timbul kes penceraian melibatkan adanya orang ketiga dalam rumahtangga. Ada yang memberikan gelaran orang ketiga ini sebagai penyondol.

Terbaharu Nora Danish meluahkan rasa emosi dan perasaannya menjadi rapuh setiap kali mendengar kisah pergolakan rumah tangga disebabkan kehadiran ‘penyondol’ ini.

Sponsored

Nora Danish akui turut sedih…

Memetik laporan Berita Harian, Nora Danish turut dapat berkongsi rasa dengan kesedihan yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang berhadapan dengan kehadiran penyondol ini.

Bagaimanapun, selaku orang luar Nora Danish atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif hanya mampu rasa simpati.

Sponsored

Tambah Nora Danish isu penyondol ini lagi, dia berasa sedih kerana ada dalam kalangan selebriti yang turut melalui ujian ini. Katanya ada antara pasangan selebriti yang dia ikuti perkembangan dari zaman bercinta hinggalah berkahwin dan mempunyai anak.

Ada rumah tangga sendiri perlu dijaga

Bagaimanapun, Nora Danish akui tidak boleh mengulas lebih kerana dirinya sendiri ada rumah tangga yang perlu dijaga.

Sponsored

Selain dari itu Nora juga akui tidak berapa suka dengan istilah penyondol. Katanya gelaran orang ketiga lebih tepat dan sesuai.

“Sebenarnya saya tak berapa gemar mendengar perkataan ‘penyondol’. Rasanya gelaran ‘orang ketiga’ lebih sesuai“, kata Nora Danish isu penyondol.

Bintang drama Puteri ini juga berdoa semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik buat mereka yang diuji dengan dugaan sebegini.