Klip video Erra Fazira & Awie bikin netizen kagum lihat persahabatan baik

Sponsored

Beberapa muat naik di media sosial menyebabkan dua sahabat penyanyi dan pelakon popular, Sembilu 1994 iaitu Erra Fazira dan Datuk Awie sekali lagi menerima pujian ramai disebabkan hubungan professional antara dua sahabat ini.

Apatah lagi peminat mereka yang sudah mengikuti bertahun-tahun setiap perkembangan kerjaya kedua-duanya sebagai anak seni yang hebat. Difahamkan Erra Fazira dan Datuk Awie muncul di Glam Ramadan Bazaar Klebang 2023. Tentu sahaja kemunculan mereka membuatkan ramai menggamit memori dengan gandingan hebat mereka.

Sponsored
@errafaziraprimadonamy

Lagu permintaan ramai 😍🔥 Primadona kita nyanyi live lagu pasrah di Glam Ramadan Bazaar Klebang 2023 #errafazira #pasrah #datoawie #primadonamalaysia #dulukinidanselamanya #bersamaerra #mengamitkenangan #sembilu #fyp #fypシ

♬ Pasrah – Erra Fazira

Erra Fazira juga dilihat menyanyi secara live lagu permintaan ramai. Namun begitu, warganet sekali gus peminat dia dan Datuk Awie bagaimanapun menghujani ruangan komen dengan reaksi pujian terhadap kedua-duanya yang professional berkerjasama bersama.

Dalam pada itu, persahabatan Erra Fazira bersama penyanyi rock tersohor tersebut juga menjadi perbualan ramai yang mana turut membuatkan peminat setia mereka dalam filem Sembilu 1994 juga sama menggamit memori dengan zaman kegemilangan mereka itu.

Sponsored

Menerusi ruangan komen juga, warganet meninggalkan komen pujian tentang sikap kedua-dua selebriti ini.

“Erra ni orang berjiwa besar. Dia memaafkan, dia berdamai dengan takdir…”

Sponsored

“Tak dak jodoh pun tidak apa, janji sahabat sejati dunia dan akhirat”

“Suka tengok dato Awie dan Erra ni. Walau tak berjodoh tetap boleh jadi sahabat ukhwah sesama…”