“Tepat 19 Ramadan, Saya Dilepaskan Dan Dibebaskan Dari Pertuduhan…” – Da’i Syed Luah Rasa Lega

Sponsored

Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengumumkan dia kini bebas dari segala pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita. Berita gembira itu dikongsikan di Instagram di mana pendakwah itu turut memuat naik videonya semasa berada di dalam tahanan.

Di dalam video tersebut, Da’i Syed dilihat menangis teresak-esak semasa membuat panggilan video bersama ibunya. Difahamkan, video itu diambil semasa dia direman oleh pihak polis susulan tuduhan yang dilakukan oleh seorang wanita terhadapnya.

Sponsored

“Alhamdulillah Ya Allah. Setelah tiga tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya, hari ini tepat 19 Ramadan, saya dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.”

Menurut pendakwah itu lagi, video yang dikongsikan itu merupakan momen titik terendah dalam hidupnya di mana dia dilihat dalam keadaan yang tidak terurus dan tidak dapat berhenti menangis.

Sponsored

Difahamkan, seramai 18 orang saksi yang dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang prosiding berlangsung. Mahkamah akhirnya membuat keputusan untuk membebaskan Da’i Syed setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

“Setelah 3 tahun menempuh perbicaraan dan berbekalkan keberkatan Ramadan, hari ini keputusan menyebelahi anak guam Dai Syed.”

Sponsored

Terdahulu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di bilik sebuah kondominium di I-City Seksyen 7. Di dalam satu pengakuan mengejutkan di Twitter, seorang wanita mendakwa rakan baiknya telah dirogol oleh pendakwah selebriti itu.

Malah dia mendakwa beberapa mangsa turut tampil berkongsikan pengalaman mereka dan mengakui berasa trauma dengan tindakan pendakwah itu. Walau bagaimanapun, akaun Twitter milik wanita itu kemudian dinyah aktifkan selepas hantaran itu mula mendapat perhatian ramai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.