Sudah berhari-hari ditayangkan, telefilem Saat Hilang Cintamu berdasarkan sebuah kisah benar ternyata sehingga kini masih menjadi perbualan warganet di media sosial. Selain jalan cerita, lakonan pelakon yang terlibat juga berhasil meninggalkan kesan buat penonton.
Gandingan Zamarul Hisyam dan Rita Nadira nampaknya berjaya menarik tumpuan penonton di kaca televisyen. Malah sebaik sahaja telefilem tersebut ditayangkan pada Sabtu lalu, ia hangat dikongsikan penonton di media sosial tentang karya hebat ini.
Rita Nadira yang membawa watak sebagai Salinah yang menjadi isteri kepada Razil lakonan Zamarul Hisyam di Instagram baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada semua penonton selain dia juga berhadap orang ramai dapat mengambil sesuatu yang baik dalam cerita tersebut dan menjadikan ia juga sebagai pengajaran.
Pelakon ini bagaimanapun ‘diserbu’ peminat diruangan Instagram apabila dia menerima pelbagai reaksi positif penonton yang turut menyukai lakonannya.
Saat Hilang Cintamu membuatkan pelakon, Rita Nadira berhasil ‘menangkap’perhatian warganet yang mana perkongsiannya itu juga meraih ribuan tanda suka.
“Salina sanggup kau menduakan laki ko ye argh”
“Terus pantas follow Rita Nadira, orangnya cantik, muka kampung boleh, muka bandar boleh. Berlakon Tiptop”
“Drama yang bagus ada mesej dan pengajaran yang kita boleh amik. Teruskan lahir karya-karya yang bagus”
“Best drama ni, sedih tengok part suami Salina. Tak patut betul officemates panggil husband dia tu…”