Roslan Shah Dedah Individu Pukul Kamal Adli Sempat Ugut Lepas Kejadian, “Dia Cakap Korang Jaga…”

Sponsored

Pengacara Roslan Shah sempat melakukan siaran langsung di akaun Instagram sebentar tadi bagi menjelaskan mengenai kejadian yang berlaku pada Kamal Adli. Difahamkan, Roslan Shah adalah individu yang bertanggungjawab membawa Kamal dan Uqasha ke Singapura atas urusan perniagaan.

Pasangan Kamal dan Uqasha serta Roslan Shah masih lagi berada di Singapura buat masa ini namun lokasi mereka terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan. Di dalam sesi ‘live’ itu juga, Roslan memberitahu individu yang memukul Kamal Adli itu sempat memberikan ugutan kepada pekerja pelakon itu selepas kejadian.

Sponsored

“Yang buat itu warga Singapura, orang Melayu kita. Dia sempat buat ugutan kepada staf Kamal. Dia cakap ‘korang jaga’, depan polis dia cakap itu dekat staf Kamal yang tunggu dekat bawah.”

Dalam masa yang sama, pengacara itu turut berkongsikan perkembangan terkini Kamal Adli yang telah selesai menjalani pembedahan di bahagian kepala akibat cedera parah itu. Jelasnya, pelakon itu berada dalam keadaan yang baik buat masa ini dan sudah sedar sepenuhnya.

Sponsored

“Alhamdulillah Kamal dah buat pembedahan dan dia pun dah sedar, keadaan dia okay. Luka dia agak dalam. Kepala dia sudah dijahit, sebelum nak bedah tu, kena tidurkan.”

Sudah pindah hotel lain

Roslan Shah turut memberitahu ketiga-tiga mereka sudah berpindah ke hotel lain selepas kejadian yang berlaku itu. Dia juga akan berjumpa dengan pasangan Kamal Adli dan Uqasha sebentar lagi bagi mendapatkan maklumat sama ada mereka mahu pulang ke tanah air mahupun tidak.

Sponsored

Dalam masa yang sama, pengacara itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Kamal Adli dan keselamatan pasangan itu di sana. Terdahulu, Uqasha mendedahkan mesej ugutan bunuh yang diterima suaminya oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak