Port Dickson antara destinasi tumpuan pengunjung yang mahu melakukan aktiviti air dan menikmati pemandangan pantai. Namun sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu tentang kewujudan khemah-khemah yang tersusun di kawasan pantai itu di mana ia membuatkan ramai berasa terganggu.
Baru-baru ini pula, tular satu hantaran di Twitter apabila seorang pengunjung meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan bayaran. Menurut individu itu, dia dikenakan caj RM5 apabila membentangkan tikar dan duduk di kawasan kaki lima di pantai tersebut.
“Sekarang ni pergi Port Dickson semua eh bayar. Smart betul kau duduk dekat kaki lima ni letak tikar pun kena bayar RM5.”
Tambah individu itu lagi, kawasan tikar yang dibentangkan itu juga bukanlah di kawasan tapak perkhemahan yang disewa kepada orang ramai. Di dalam perkongsian yang sama, individu itu turut berkongsikan gambar resit di mana dia dikenakan bayaran caj RM5 tersebut.
Komen netizen
Perkongsian tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan caj yang dikenakan ini. Tambahan pula, individu itu membawa sendiri tikar tersebut dan bukannya menggunakan khemah yang disewakan kepada pengunjung yang mahukannya.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap segelintir peniaga yang mengambil kesempatan kepada pengunjung. Tindakan ini bukan sahaja membuatkan ramai tidak berminat untuk bercuti di dalam negara malah boleh menjejaskan sektor pelancongan tempatan.
“Pastu bising kenapa takde pelancong datang.”
“Tak pernah aku pergi pantai, bentang tikar sendiri kena bayar. Memang patut pun takde orang datang.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.