Ryan Bakery Akui Isteri Jadi Tulang Belakang Kejayaannya, “Dia Percaya Apa Yang Saya Buat”

Sponsored

Umum sedia kenal dengan seorang TikTokers bernama Ryan Bakery ini. Gaya penghiburnya memang cukup jadi bualan peminatnya. Malah sering memuat naik video mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak menjadikan nama Ryan Bakery bertambah dikenali ramai.

Selain itu Ryan Bakery juga pernah menjadi tetamu jemputan bagi rancangan sitkom Sepahtu Reunion membuktikan dirinya sememang berbakat dalam menghiburkan orang ramai.

Sponsored

Terbaharu Ryan Bakery membawa pulang Anugerah Content Creator Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 pada Ahad lalu. Berada di top 5 bagi pencalonan kategori ini, ternyata Ryan Bakery berjaya menewaskan content creator hebat yang lain.

Isteri jadi tulang belakang kejayaanya

Ketika meraih pencapaian ini, Ryan Bakery mendedahkan kepada wartawan kisah dirinya sebelum sampai ke tahap tersebut.

Sponsored

Dalam satu temubual, pemuda berusia 28 tahun ini mendedahkan pada awalnya, hanya isterinya, Elyia Ibrahim sahaja yang percaya apa yang dilakukan Ryan akan berjaya. Katanya pada waktu itu, Elyia itu adalah teman wanitanya.

Ilya percaya apa yang Ryan buat

Bercerita lanjut, Ryan memberitahu media yang sebelum berjaya ini, banyak yang isterinya itu beri sokongan.

Sponsored

“Saya berniaga popia dan buat video untuk tambah pendapatan. Dia percaya apa yang saya buat, dia keluar duit beli peralatan. Masa tu 2020, saya sampai ke tahap ni adalah atas kepercayaan dia.

“Bila saya cerita kat dia apa yang saya nak, tahu-tahu dah sampai rumah. Jadi sebagai pulangannya, cukup je duit saya terus masuk meminang,” kata Ryan Bakery akui isteri percayakan apa dilakukannya.

@f8buzz

Menangis dengan kemenangan @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 , rupanya isteri jadi tulang belakang sejak sebelum berkahwin lagi #ryanbakery #gempakmostwanted2022 #f8buzz

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Perkongsian tentang Ryan Bakery akui isteri percayakan apa dilakukannya ini menjadikan satu inspirasi kepada ramai supaya hargai pasangan hidup masing-masing yang ada pada susah dan senang.