Baru-baru ini pelakon jelita, Raysha Rizrose telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri.
Selepas dua bulan bertunang, pasangan berkenaan menerima pujian ramai apabila tahu-tahu sahaja pelakon jelita itu sah bergelar isteri buat jejaka pilihan hatinya. Terbaharu selepas majis akad nikah, pasangan ini tular lagi apabila satu majlis lain pasangan ini diraikan dengan begitu meriah.
Namun begitu, antara yang menarik perhatian ramai juga disebabkan makeup Raysha Rizrose di majlisnya ini. Ternyata sentuhan solekan Raysha Rizrose adalah hasil daripada jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa.
“Thanks for having me Raysha Rizrose,” tulis Datuk Alha Alfa diruangan kapsyen. Netizen bagaimanapun begitu teruja melihat hasil solekan daripada jurusolek terkenal ini yang sentiasa memberikan aura berbeza di wajah pengantin.
Melihatkan solekan di wajah Raysha Rizrose juga membuatkan netizen meninggalkan pandangan bahawa meskipun artis sering makeup namun dengan hasil solekan Datuk Alha Alfa pasti memaparkan kelainan diwajah pengantin. Sangat berseri!
“Artis kerap makeup, jadi bila kahwin takde seri… tapi kalau Dato AA yang makeup auto naik seri heh. Cantik gila makeup Raisya ni’
“Aa ni sentuhan dia tak pernah mengecewakan”
“Patutlah cantik makeup yang ni, dato Alha Alfa yang makeup rupanya”
“Love sangat makeup macam ni”