Belum Suatu Keperluan Bagi Zul Huzaimy Mengupah Pengawal Peribadi

Sponsored

Mempunyai pengawal peribadi penting buat selebriti-selebriti untuk menjaga keselamatan mereka. Di luar negara sudah biasa mempraktikkan perkara sebegini namun, bukan di negara kita. Umum mengetahui, semenjak isu pelakon, Kamal Adli diserang atau dipukul dengan cota ketika hadir di sebuah ekspo di Singapura, selebriti Malaysia disarankan untuk dapatkan khidmat pengawal peribadi.

Bagaimanpun, pelakon terkenal, Zul Huzaimy belum mahu mengupah pengawal peribadi untuk dirinya kerana dia menganggap itu bukan suatu keperluan baginya.

Sponsored

Difahamkan, Zul yang bakal mengadakan festival keluarga terbesar, Stylo Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan kunjungan seramai tiga juta orang pada bulan depan, menyerahkan soal keselamatan kepada penganjur festival tersebut.

“Saya difahamkan penganjur Stylo Fest sediakan pengawal keselamatan yang cukup pada acara itu kelak,” katanya yang akan menjual baju Melayu jenama Intan Berlian pada acara yang berlangsung 73 jam tanpa henti itu,” ujarnya menurut laporan.

Sponsored

Dalam pada itu, pelakon yang berusia 45 itu turut mengulas mengenai insiden yang menimpa Kamal, Zul percaya serangan tersebut tidak ada kena-mengenak dengan kisah lama atau isu peribadi, sebaliknya penyerang berkenaan mungkin dalam keadaan kurang waras.

“Maklumlah, sejak kebelakangan ini ramai kurang ‘sihat’. Jadi, tidak mustahil kejadian seperti itu boleh berlaku.

Sponsored
Belum Suatu Keperluan Bagi Zul Huzaimy Mengupah Pengawal Peribadi
Sumber: Cinema Online

Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya seninya, pelakon Anak Halal itu sedang menyiapkan tiga skrip untuk projek filem, drama televisyen (TV) dan radio.

Selain itu, dia turut membincangkan mengenai projek filem baharunya dalam dunia permotoran bersama syarikat produksi MIG Pictures Sdn Bhd.

Susulan dunia permotoran, sebelum ini Zul pernah melakonkan watak Spark dalam filem Mat Moto. Filem ini merangkul tiga buah trofi dari lapan pencalonan di acara Festival Filem Malaysia ke-28.