Terlalu Banyak Kongsi Aib Bekas Suami, Netizen Meluat Dengan Shuhada?, “Tak Habis-Habis Kisah Dia Ni…”

Sponsored

Ramai yang mengecam tindakan pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa telah menumbuk muka bekas isterinya, Shuhada sehingga meninggalkan kesan parut pada wajah wanita itu. Bukan itu sahaja, ramai juga yang cukup bengang dengan kecurangan pelakon itu sehingga akhirnya dia sanggup melafazkan talak cerai.

Namun ada pula segelintir individu yang mula meluahkan rasa menyampah dengan pendedahan yang dikongsikan Shuhada. Menurut mereka, wanita itu terlalu berlebihan membuka aib bekas suaminya itu sehingga mendatangkan kemarahan ramai.

Sponsored

Tambah individu-individu itu, mereka berasa meluat apabila Shuhada tidak henti-henti berkongsikan tentang kisah rumah tangganya itu. Malah mereka turut membandingkan dengan Hafidz Roshdi yang dikatakan hanya senyap dan langsung tidak pernah berkata apa-apa mengenai bekas isterinya itu selama ini.

“Tak habis-habis kisah dia ni, hang pun satu do bising-bising dengan suami hang dia tension, next time jangan lah bising, tak suka tinggalkan suami dah macam setan macam tu lah.”

Sponsored

Segelintir individu ini juga tergamak mengatakan kecederaan yang dilakukan oleh Hafidz kepada wanita itu adalah kerana salah Shuhada sendiri yang sering membuka aib pelakon itu. Sebelum ini, Shuhada memuat naik gambar wajahnya yang cedera didakwa ditumbuk Hafidz selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Terdahulu, kisah rumah tangga mereka mula menjadi bualan apabila muncul khabar angin mengenai berita kecurangan pelakon itu dengan wanita lain. Namun pada awalnya, Hafidz menafikan dakwaan tersebut sebelum semuanya terbongkar di mana dia ada menjalinkan hubungan dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar