Santuni Keluarga Mertua Dan Peminat Berlainan Bangsa, Fazura Dipuji Ramai

Sponsored

Nama pelakon dikenali sebagai Fazura ini sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Bukan sahaja kerana bakat yang ada padanya, malah personaliti Fazura yang cukup merendah diri dan peramah turut sering menjadi perhatian ramai.

Sudahlah cantik, berbudi bahasa pula. Memang buatkan peminat bertambah sayang kepada anak seni bernama Fazura ini. Terbaharu satu rakaman dengan paparan Fazura santuni keluarga mertua membeli persiapan pakaian raya.

Sponsored

Dalam rakaman itu kelihatan Fazura sedang sibuk bantu ibu dan bapa Fattah Amin memilih baju raya. Turut kelihatan suaminya yang sentiasa di sisi.

“MasyaAllah sejuk hati dapat menantu macam Fazura”, tulisan kapsyen di akaun TikTok yang memuat naik rakaman Fazura santuni keluarga mertua ini.

Sponsored

Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan ramai memuji pelakon dan usahawan jelita ini. Malah menerusi satu lagi muat naik dipaparkan pula Fazura melayan dua orang peminatnya dengan mesra sekali.

Dua peminatnya itu pula berlainan bangsa dan kelihatan agak berusia dari Fazura. Malah nampaknya dua peminat Fazura ini sungguh seronok dapat berjumpa dengan selebriti kesayangan mereka.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen di kedua-dua perkongsian ini ternyata ramai yang memuji kebaikan dan kemesraan ditunjukkan Fazura ini. Berikut antaranya:

“Suka sangat tu…Tak kira bangsa ye minat Fazura”

“Comel je aunty lompat2 dapat jumpa Fazura”

“Mak cik yang tengok ni bergenang air mata..Berbakti dan bahagiakan orang tua buat kamu selamat dunia akhirat”

“Masa Fazura pilih Fattah, akak suka sangat sebab tahu Fattah boleh bimbing Faz dan Fattah bertuah dapat Faz. Faz sangat baik budi bahasa”

SumberTikTok