Pasangan suami isteri dan selebriti bernama Fattah Amin dan Fazura ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki bakat dan pakej lengkap sebagai seorang selebriti, nama Fazura sering menjadi tumpuan ramai.
Apatah lagi personalitinya yang sentiasa humble dan mesra membuatkan dirinya sentiasa dipuji seorang selebriti yang boleh dijadikan idola. Suaminya Fattah Amin pula turut memiliki rupa dan berbakat dalam bidang lakonan.
Terbaharu satu muat naik dengan paparan Fattah Amin dan Fazura di Instagram telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan pasangan suami isteri ini baru sahaja selesai bekerja. Berikut adalah perkongsian foto tersebut:
Di ruangan kapsyen, Fazura menceritakan dia dan suaminya itu baru selesai penggambaran pada jam 2.30 pagi. Setibanya di rumah, satu-satunya anak mereka sudah tidur dan bersyukur kerana anak mereka faham tentang kerja ibu dan ayah Fatima.
Biarpun begitu meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui suka tengok pasangan selebriti ini tidak kira di sosial media atau pun di luar. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Pernah nampak this family kat Serai, Pavi. Segan la nak tegur. Memang syantik dan semboy partner ni”
“Orang lawa 2.30 am pun still on point cantik. Daku kul 2.30am rupa kak limah nak p tengok akedemi fantasia”
“Love sangat couple ni. Love Nyamma jugak. Sis doakan Faz dan Fattah berbahagia till jannah dan dijauhi orang2 yang dengki dan berniat jahat..Insyaallah Amin2”