“Saya begitu yakin”- Shermine akhirnya bertindak, buat laporan polis & lantik peguam

Sponsored

Sejak beberapa hari ini, pendedahan demi pendedahan mengejutkan ramai pihak oleh isteri kepada TikToker terkenal, Shermine Hau-Ah Moi tentang suaminya itu apabila didakwa berlaku curang dengan pekerja sendiri.

Pendedahan tersebut dilakukan Shermine diruangan Facebook miliknya beberapa hari lalu yang mengundang kemarahan peminat dan pengikut mereka terhadap dua individu tersebut. Lebih membuatkan ramai kesian juga, Shermine menerusi perkembangan dirinya kelmarin akui merasa takut dan tidak berani untuk keluar mahupun ke balai polis kerana bimbang dicari.

Sponsored

Shermine menerusi pendedahannya mendakwa suaminya itu berlaku curang dengan pekerja wanita yang juga telah bertahun-tahun berkerjasama dengannya malah terdapat beberapa paparan mesej mereka bersayang-sayang di belakangnya.

Sejak kelmarin juga, suami Shermine dan pekerja wanita tersebut menerima kritikan netizen serta tular diperkatakan warganet. Mana tidaknya bukan hanya TikToker terkenal itu malah wajah pekerja wanita tersebut juga sudah familiar buat warganet apabila sering dilihat di media sosial.

Sponsored

Walau bagaimanapun, dalam perkembangan baru dikongsikan Shermine di laman media sosial miliknya pula dilihat akhirnya sudah bertindak terhadap mereka. Dia menyatakan di Instagram Story bahawa dia telahpun membuat laporan polis dan melantik peguam demi menegakkan kebenaran.

Saya begitu yakin

Sponsored