“Saya Dan Isteri Akan Jaga Silaturahim Dengan Besan Kami, Keluarga Puteri Sarah Seperti Selalu…”, Yusof Haslam Reda

Sponsored

Konflik rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah nampaknya bakal menemui jalan penamat apabila pengarah filem itu bersetuju untuk melafazkan cerai. Sebagai bapa, Datuk Yusof Haslam turut berkongsikan responnya mengenai keputusan yang diambil oleh anak dan menantunya ini.

Ujarnya, dia dan isteri reda dengan keputusan tersebut dan mengharapkan keputusan yang diambil itu akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Tambahnya, dia sememangnya mengharapkan mereka kembali bersama namun dia menghormati keputusan yang diambil Puteri Sarah.

Sponsored

“Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.”

Akan kekalkan hubungan baik

Dalam masa yang sama, Yusof Haslam memberitahu dia dan isteri akan terus mengekalkan silaturahim yang baik bersama besan mereka dan keluarga Puteri Sarah seperti selalu walaupun hubungan itu akan berakhir dengan penceraian tidak lama lagi.

Sponsored

“Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikhul Islam dan Sumayyah.”

Terdahulu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akhirnya berjaya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik di mana pengarah filem itu akan melafazkan cerai pada 18 April akan datang. Difahamkan, pasangan ini juga sempat membuat perbincangan semalam dan berbuka puasa bersama-sama.

Sponsored

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Pada Januari lalu, Syamsul mendedahkan sudah mengahwini Ira Kazar sebagai isteri keduanya di sempadan Thailand.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.