Video ‘bodyguard’ disamping Haris & Neelofa bikin netizen kagum terkedu

Sponsored

Pasangan sama cantik, sama padan Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz dan Neelofa membuatkan ramai peminat tidak jemu untuk mengikuti perkembangan mereka. Selain bergelar sebagai anak seni, kejayaan bersama Neelofa dan suami dalam dunia perniagaan semakin mencetuskan mereka tidak henti-henti menjadi perhatian.

Terbaharu, pasangan ini dilihat menerusi satu acara dan Neelofa membuatkan ramai tertumpu kepada dirinya dan suami apabila mereka dirakam mengayakan busana serba hitam sedondon. Dalam pada itu, gelagat Neelofa yang masih aktif meskipun sedang sarat hamil anak kedua membuatkan dia menerima pujian peminat.

Sponsored

Menerusi satu rakaman video yang tular dikongsikan ini pula menunjukkan Neelofa dan Haris berada di sebuah acara, namun apa yang menjadi tumpuan warganet juga kerana kelibat seorang lelaki yang mempunyai tubuh sasa dan tinggi lampai yang dipercayai bodyguard yang memerhati pasangan ini membuatkan ramai terkedu.

Rakaman yang dikongsikan itu mengundang rata-rata netizen akui tidak hanya tertumpu kepada Neelofa dan Haris Ismail malah kelibat bodyguard disamping mereka itu juga menjadi perhatian mereka.

Sponsored

Mata-mata kita semua tertumpu kat Bodyguard tu kan

Aku perhatikan…

Sponsored

Wah the bodyguard…

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, bodyguard tersebut difahamkan adalah pengawal peribadi di acara tersebut yang turut dilihat menjaga selebriti-selebriti lain.

Bodyguard ni by celebfest. Celebfest dari dulu memang ada bodyguard