“Izara bukan dalam gua”- Risau netizen merajuk tak jawab, Izara Aishah 8 jam pegang kertas

Sponsored

Sebut sahaja nama Izara Aishah tentu ramai yang mengenali pelakon jelita ini. Selain bergelar sebagai anak seni, Izara Aishah kini semakin melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dan baru-baru ini pula dia mendapat perhatian warganet selepas membuat video secara langsung (live) di satu platform.

Izara Aishah umum diketahui merupakan salah seorang pelakon wanita yang disukai ramai malah dia disenangi para wanita kerana penampilannya yang meskipun kelihatan bergaya tetap menutup aurat dan kelihatan sopan. Ia membuatkan Izara Aishah sering menjadi tumpuan.

Sponsored

Jadi melihatkan dia membuat video secara langsung (live) di akaun peribadinya, orang ramai hadir melihatnya. Namun begitu, kali ini ada keratan video yang mengundang orang ramai terhibur dengan perangai selamba Izara Aishah yang dianggap sporting.

Malah ada yang tidak menyangka, pelakon jelita ini seorang yang kelakar. Difahamkan Izara Aishah yang berkali-kali menerima pertanyaan dimanakah anaknya, ibu mertua, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta keberadaan Tya Ariffin. Ternyata dia menggunakan cara menulis di kertas sebelum perlu menjawab pertanyaan sebegitu lagi.

Sponsored

Gelagat Izara Aishah yang tidak ingin warganet merajuk apabila pertanyaan tidak dijawab membuatkan rata-ratanya tidak dapat menahan ketawa dan menghujani ruangan komen dengan reaksi lucu.

Izara ni lawak dia random, comel

Sponsored

Perfect lah si Izara ni dahla cantik, comel, kelakar pulak tu

Izara Aishah

Kena buat banner gantung kat belakang tu

Izara Aishah

Hahaha Izara ni kan rajin layan fans dia. Kalau join live dia…

Izara Aishah