“Saya telah bercerai dengan bekas isteri saya (Shermine) tahun lepas”- View Chin

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu, media sosial dikejutkan dengan berita seorang Tiktoker dan usahawan terkenal didakwa curang dengan pekerja sendiri sehingga mengundang kemarahan ramai selepas didedahkan oleh bekas isterinya, Shermine.

Walau bagaimanapun, View Chin akhirnya bersuara dengan memohon maaf atas apa yang terjadi dan meminta masa untuk menjawab segala persoalan yang telah menjadi perhatian dengan pendedahan Shermine di akaun media sosial miliknya.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu View Chin tampil menjelaskan status sebenar hubungan dia dengan Shermine. Menerusi muat naik View Chin di akaun Facebook mengatakan bahawa dia dan Shermine telah bercerai pada tahun lalu. Ujarnya lagi urusan penceraian telah selesai dengan persetujuan yang baik.

“Banyak sudah tahu perkara peribadi saya dan bekas isteri saya sudah tular di media sosial beberapa hari yang lepas. Saya ingin menyatakan bahawa saya telah bercerai dengan bekas isteri saya (Shermine) tahun lepas dan urusan berkenaan perceraian telahpun selesai dengan persetujuan yang baik oleh pihak-pihak.”

Sponsored

View Chin juga memberitahu bahawa isu-isu yang tular sungguh menjejaskan tidak hanya dirinya malah imej syarikat juga sama terjejas.

“Isu-isu yang tular tersebut ini amat sungguh menjejaskan bukan sahaja imej peribadi saya malah imej syarikat saya. Saya percaya isu-isu ini dibangkitkan pada masa selepas penceraian bersama yang damai oleh pihak-pihak adalah berniat untuk memburuk-burukan dan juga menjatuhkan saya.”

Sponsored

Seru semua pihak tidak keruhkan keadaan