“Sayalah Orang Terakhir Yang Mahu Gugurkan Nama Dia…”, Syamsul Dedah Aaron Aziz Ada Masalah ‘Slipped Disc’

Sponsored

Pengarah filem Syamsul Yusof akhirnya mendedahkan mengenai punca pelakon Aaron Aziz dibuang dari filem Original Gangster. Menurut Syamsul, selama ini dia mendiamkan diri mengenai isu tersebut kerana mahu bersikap profesional soal kerja namun Aaron dilihat memandang isu tersebut sebagai hal peribadi.

Jelas Syamsul, keputusan untuk menggugurkan nama Aaron dari filem tersebut bukanlah 100 peratus dari keputusannya sendiri kerana ia adalah kata sepakat dari pihak penerbit dan barisan pelakon lain. Difahamkan, masalah kesihatan yang dihidapi oleh Aaron menjadi salah satu punca namanya digugurkan.

Sponsored

“Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem ini. Penerbit saya dah cakap Syamsul, Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya cakap kita beri Aaron masa sebab dia dah janji dengan saya dia boleh kuruskan badan, dia boleh ‘training’.”

Tambahnya, dia juga bersedia untuk menangguhkan sesi penggambaran bagi memberi masa kepada Aaron untuk membuat persiapan. Selain daripada itu, Syamsul turut meluahkan rasa risau dengan kesihatan pelakon itu yang turut mempunyai masalah ‘slipped disc’ dan mungkin terkesan dengan babak aksi yang dilakonkan.

Sponsored

Tidak yakin dengan kondisi Aaron

Dalam masa yang sama, Syamsul mendedahkan dia membuat keputusan tersebut selepas menerima pandangan dari pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang tidak yakin dengan kondisi Aaron bagi melakukan babak aksi di dalam filem itu.

“Sebelum menjalani penggambaran, kita ada proses latihan. Semua beritahu saya bahawa Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan termasuk masalah disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni. Tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia.”

Sponsored

Difahamkan, Syamsul sendiri yang menghubungi Aaron untuk memaklumkan pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya. Dia turut meminta maaf kepada pelakon itu kerana tidak dapat meneruskan penggambaran bersama selepas mengambil kira semua faktor yang ada.

“Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz. Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan.”

Terdahulu, Aaron Aziz mendedahkan namanya telah dibuang dari penggambaran filem Original Gangster namun enggan mendedahkan puncanya. Pelakon itu turut memberitahu dia bersedia untuk berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat pengarah itu berjumpa sendiri dengannya untuk meminta maaf.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergetaran