“Sebelum netizen komen bukan2”- Kongsi video makan, kapsyen Janna Nick pula undang tawa ramai

Sponsored

Pelakon, Janna Nick sering sahaja menjadi sorotan ramai di media sosial. Boleh dikatakan apa yang dilakukan oleh selebriti ini tentu mendapat perhatian malah dia juga antara pelakon yang acap kali terpalit kontroversi dalam dunia hiburan.

Jadi melihatkan satu perkongsian Janna Nick yang terus menerangkan sesuatu sebelum menjadi tanda-tanya segelintir individu terhadap dirinya menyebabkan ramai warganet turut terhibur dengan tindakannya itu.

Sponsored

Perkongsian Janna Nick jadi tumpuan ramai

Melalui video dikongsikan Janna Nick pada kali ini nampaknya dia berkongsikan video makan disebuah tempat. Difahamkan ke luar negara, Janna Nick sempat singgah untuk makan makanan disana. Merakam video sepanjang merasa makanan tersebut, Janna Nick juga berkongsikan kesedapan dirasakan kepada umum.

Sponsored

Namun begitu, tentu apabila berkaitan dengan makanan akan timbulnya isu tentang halal. Apatah lagi melihat pula tempat yang tidak familiar isu tersebut antara yang akan ditanyakan. Walau bagaimanapun, orang ramai terhibur dengan perkongsian Janna Nick yang disertakan kapsyen ringkas namun dapat menjawab sebelum timbulnya spekulasi mengenai hal tersebut.

@jannanickofficial

Bilik asing asing. Restaurant kena la cari yang halal.

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

“Bilik asing asing. Restaurant kena la cari yang halal.” Tulisnya ringkas diruangan kapsyen yang terus memberitahu dirinya juga tahu kena mencari restaurant yang halal. Menjengah ke ruangan komen, orang ramai nampaknya terhibur dengan perkongsian Janna Nick itu sehingga ditinggalkan pelbagai reaksi pula.

Sponsored

Komen ramai