Walaupun Faraid Belum Selesai, Peguam Nasihat Ali Rumah Arwah Abam Tetap Milik Hidayah Dan Anak

Sponsored

Sejak beberapa minggu ini, masih lagi kecoh tentang isu perebutan harta milik arwah Abam di antara Ali Puteh dan kakak iparnya, Hidayah. Terdahulu, wanita itu meluahkan rasa kesal apabila kedatangannya bersama peguam ke kediaman suaminya itu tidak disambut baik oleh keluarga Ali.

Namun Ali kemudiannya mendakwa menemui garam kasar dan bangkai haiwan di hadapan kediaman itu dipercayai mempunyai unsur sihir selepas kedatangan kakak iparnya. Ali juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengatakan rumah tersebut bukanlah milik dia mahupun Hidayah selagi urusan faraid belum selesai.

Sponsored

Penjelasan dari peguam

Susulan kenyataan Ali Puteh ini, seorang peguam syarie dikenali sebagai Muhammad Syarafi tampil berkongsikan pendapat dan nasihat bagi menjernihkan situasi. Menurutnya, di dalam situasi ini individu yang lebih berhak untuk menguruskan harta peninggalan arwah ialah isteri dan anaknya.

Namun di dalam situasi ini, anak arwah masih lagi di bawah umur oleh itu perlu dilantik seorang pemegang amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak. Tambahnya lagi, individu yang layak untuk menjadi pemegang amanah adalah ibu kanak-kanak itu sendiri.

Sponsored

“Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai Pemegang Amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri.”

Perlu utamakan balu dan anak

Peguam itu turut menjelaskan Ali seharusnya memberi laluan kepada balu arwah dan anaknya untuk tinggal di kediaman milik arwah walaupun urusan faraid masih belum selesai. Jelasnya, ini kerana mereka berdua adalah waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta milik arwah.

Sponsored

“Habis tu bahagian mak macam mana mana? Ali jangan risau, Bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang tu. Cuma bahagian mak ni tak banyak. Cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal tu. Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang.”

Dia turut menasihati Ali untuk memudahkan urusan faraid tersebut bagi kesenangan kedua-dua belah pihak. Malah dia turut tidak menafikan Ali mempunyai hak di dalam 1/6 bahagian milik maknya namun bahagian itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan hak anak dan isteri arwah.

Selesaikan bayaran RM60,000 segera

Dalam masa yang sama, peguam itu turut menasihatkan Ali untuk tidak menangguhkan pembayaran RM60,000 kepada Hidayah memandangkan perintah mahkamah sudah pun dikeluarkan. Malah sekiranya ditangguhkan lagi, pelawak itu berkemungkinan akan dikenakan contempt of court oleh mahkamah.

“Kita semua faham je Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang tu.
Cumanya dalam situasi macam ni ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni.”

Peguam itu turut menasihati Ali untuk menjaga silaturahim di antara dia dan kakak iparnya selain turut memintanya berjumpa dengan wanita itu bagi meminta maaf. Tambahnya, mereka boleh memulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid arwah Abam.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberfacebook