Selalu Kongsi Video Resipi Di IG, Ramai Minta Sheila Rusly Kembalikan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’

Sponsored

Penerbit dan pelakon Sheila Rusly sering kali berkongsikan video-video masakan di akaun media sosialnya. Baru-baru ini pula, dia telah memuat naik satu video resipi masakan buat peminat rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan yang merindukan program tersebut.

Seperti yang semua sedia tahu, rancangan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ antara yang paling ditunggu-tunggu setiap kali bulan Ramadan menjelma. Namun rancangan yang telah bersiaran selama 15 tahun itu telah ditamatkan pada tahun 2019 yang lalu dan kini tidak lagi disiarkan di televisyen.

Sponsored

“Ikan Belimbing Berlado. Untuk yang rindu Ketuk-Ketuk Ramadan.”

Perkongsian dari Sheila Rusly ini telah membuatkan ramai yang meluahkan rasa rindu terhadap rancangan yang dikendalikan pengacara itu. Ditambah pula, Sheila Rusly turut menggunakan muzik latar belakang yang sama dengan rancangan tersebut pada videonya kali ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut meminta pengacara itu mengembalikan semula rancangan tersebut untuk edisi bulan Ramadan tahun hadapan. Walaupun telah lama tidak bersiaran, ramai yang menantikan kemunculan semula rancangan masakan itu yang masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Arghh rindunya dengan bunyi ni, saya membesar dengan hari-hari tunggu depan tv tau semata-mata nak tengok Ketuk-Ketuk Ramadan.”

Sponsored

“Bila nak bersiaran lagi sis. Rindu Ketuk-Ketuk Ramadan. Dulu selalu tepat 12.30 dah terpacak dengan tv.”

Sekadar info, Ketuk-Ketuk Ramadan 2019 merupakan musim terakhir rancangan tersebut bersiaran sebelum ia melabuhkan tirainya. Menurut penerbit Jinggo, kos penerbitan yang kian bertambah antara punca program tersebut tidak dapat diteruskan lagi selepas 15 tahun bersiaran.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram