Walaupun telah melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) pada September tahun lalu, Kasih Iris Leona sering dilihat berulang alik ke Malaysia beberapa kali. Sehinggakan ramai yang berasa hairan melihat Leona yang kerap pulang ke Malaysia walaupun ia bukanlah perjalanan yang pendek.
Leona mendedahkan sebenarnya dia langsung tidak menggunakan duit dari ibu bapanya untuk kos berulang alik ke Malaysia sebaliknya menggunakan duitnya sendiri yang diperoleh dari pendapatannya sebagai pempengaruh media sosial.
Tambahnya, dia bukan tidak bersyukur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melihatnya sebagai anak manja kerana sikap dan imejnya itu. Malah dia lebih banyak menggunakan wangnya sendiri untuk perbelanjaan di United Kingdom namun tidak menafikan yuran pengajian dibayar oleh kedua ibu bapanya.
“Saya pernah terfikir hendak pergi balik hari dari UK (United Kingdom) ke Malaysia tetapi saya tidaklah berbuat demikian.”
Dalam masa yang sama, Leona meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada pihak pengurusan yang banyak membantu merancang kerjayanya sebaik mungkin. Ujarnya, mereka juga berusaha mencari peluang pekerjaan dari aspek media sosial dan sebagainya.
“Mungkin ada segelintir pihak yang salah sangka yang saya mengambil wang saku daripada keluarga, namun hakikatnya saya sudah bekerja sejak habis sekolah lagi.”
Terdahulu, Leona mendedahkan ibunya tidak membenarkan dia bercinta buat masa ini selepas episod putus cinta beberapa bulan lepas. Menurutnya, dia lebih tertarik kepada lelaki Asia berbanding lelaki Mat Salleh walaupun gaya hidupnya dilihat lebih kepada arah barat.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.