“Saya patut tahu kaki spin pusing cerita”- Sarah menyesal tak rekod perbincangan dengan Syamsul Yusof

Sponsored

Pelakon Puteri Sarah dalam perkongsiannya terbaharu di Instagram Story berkata bahawa dirinya menyesal disebabkan tidak merekodkan perbualan disaat melakukan perbincangan dengan suaminya, Syamsul Yusof bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi muat naik Puteri Sarah memaparkan perbualan dia dan Syamsul Yusof apabila ibu kepada dua orang anak ini dilihat memberikan cadangan untuk merekodkan pertemuan itu menggunakan video disebabkan bimbang akan menimbulkan kekeliruan.

Sponsored

Pun begitu, pengarah filem Mat Kilau itu dilihat menolak cadangan diberikan isteri pertamanya itu kerana segala syarat dan perjanjian dibincangkan sudah direkod secara bertulis. Kenyataan Puteri Sarah yang dikongsikan di Instagram Story itu juga memberitahu dia menyesal kerana tidak merekodkan video ketika perbincangan baru-baru ini.

“Menyesal tak rekod video masa berbincang malam tu. Saya patut tahu kaki spin pusing cerita. Tak mengapalah. Bulan Ramadan, Allah ada untuk jaga saya dan anak-anak. Selamat berbuka semua.” Katanya.

Sponsored