“Serius best, duk ulang2”- Suara Sufian Suhaimi dalam lagu baru diterima ramai

Sponsored

Sebut sahaja nama Sufian Suhaimi, tentu ramai yang meminati suaranya terutama dalam lagu berjudul Dimata Mu dan Terakhir yang mana kedua-dua lagu tersebut berjaya membuatkan ramai semakin teruja mengikuti perkembangan kerjayanya itu sebagai salah seorang penyanyi yang mempunyai keunikan tersendiri.

Walau bagaimanapun, dalam sebuah lagu baharu daripada Sufian Suhaimi yang berkolaborasi dengan Luca Sickta dan Kmy Kmo dalam lagu yang diberi judul, Budi membuatkan suara Sufian Suhaimi sebentar tadi hangat diperkatakan ramai selepas satu muatnaik klip video pendek nyanyiannya itu mencuri tumpuan ribuan warganet.

Sponsored

Suara Sufian Suhaimi tarik perhatian netizen

Menerusi satu perkongsian video di satu platform milik lstheofficial memaparkan satu rakaman pendek yang mana Sufian Suhaimi membuatkan ramai ‘hadir’ mendengarkan suara dia rap sehingga ada yang memujinya sempoi.

Sponsored

Suara yang merdu dan bersahaja ketika rap ini menyebabkan Sufian Suhaimi hangat diperkatakan oleh warganet apabila rakaman klip video pendek ini membuatkan ribuan warganet yang hadir rata-ratanya akui ‘sedap‘ didengar.

Menjengah pula keruangan komen, selain lagu tersebut menerima sambutan baik pendengar sehingga ada yang akui mengulang tayang mendengarkannya di YouTube, Sufian Suhaimi juga menerima pujian melambung peminat.

Sponsored

‘Lah Pian dah rappers ke lani, sempoi jugak’

‘Sedap pulak lagu, macam lama takde lagu irama gini gini kat Malaysia kan…’

‘Suka dengar lagu ni, best’

Sufian Suhaimi

‘Best lagu ni. Saya suka saya suka saya suka selalu dengar dalam’

‘Lagu ni serius best. Duk ulang-ulang kat YouTube’