Sharnaaz Ahmad Bagi Cadangan Isu Heroin Tersuka Suami Orang, “Setiap Drama Dia Akan Pi Kacau…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan mengenai pelakon wanita yang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz. Malah pelakon wanita itu juga turut meluahkan perasaannya dan mengakui tersuka dengan suaminya itu semasa bergandingan bersama di dalam sebuah drama.

Pendedahan dari Bella Astillah itu turut mengejutkan ramai dan ada juga yang memetik nama pelakon Sophia Albarakbah yang kini muncul di sebuah drama bersama Aliff Aziz. Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengulas mengenai isu yang hangat diperkatakan ini.

Sponsored

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sharnaaz meluahkan kegusarannya dengan perangai pelakon wanita itu kerana ia boleh mengancam rumah tangga pelakon lain sekiranya dia berkelakuan begitu di setiap set penggambaran.

“Setiap drama dia akan pi kacau rumah tangga orang, memang mampos lah.”

Sponsored

Patut disekat keluar televisyen

Malah Sharnaaz menyuarakan pendapat peribadinya mencadangkan kaki ‘sondol’ seperti ini disekat daripada keluar di kaca televisyen. Sikap tidak profesional yang ditunjukkan pelakon wanita itu bukan sahaja perlu dielakkan malah ianya boleh mencetuskan masalah lain di kemudian hari.

“Orang macam ni (perempuan dan lelaki) patut kena ban dari berlakon atau keluar tv.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Sharnaaz memaklumkan kenyataan yang dikeluarkan ini tidak hanya merujuk kepada golongan perempuan sahaja tetapi juga untuk kaum lelaki. Sebelum ini juga, pelakon Nabila Huda turut menegur tindakan pelakon wanita terbabit yang boleh mencemarkan industri lakonan dengan sikap tidak profesional itu.

Terdahulu, Bella Astillah meluahkan rasa bimbang kejadian lama yang mungkin berulang kembali namun dia diyakinkan oleh Aliff yang sering mengajaknya untuk menemaninya di set penggambaran semasa dia mempunyai masa terluang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram