Dikatakan Ada Isu Dan Lari Dari Sharnaaz Ahmad, Caprice Bagi Jawapan Padu Kepada Syamsul Yusof

Sponsored

Selain daripada isu kemelut rumah tangganya bersama Puteri Sarah, Syamsul Yusof sempat mengulas mengenai isu beberapa artis lain yang berkaitan dengannya seperti isu Farid Kamil dan Aaron Aziz di dalam sidang media yang dilakukan baru-baru ini.

Selain itu, nama penyanyi rap yang lantang menyuarakan isu semasa iaitu Caprice juga turut disebut di dalam sidang media itu. Di dalam kenyataan Syamsul, dia mengungkit semula kes yang pernah berlaku di antara Caprice dan Sharnaaz sebelum ini di mana dia mengatakan penyanyi rap itu cuba lari dari pelakon tersebut.

Sponsored

“Caprice pun satu, jangan bro apa yang kau buat aku tau apa jadi dengan kau bro. Kau dengan Sharnaaz. Sharnaaz nak jumpa kau, kau menggelabah lari. Jangan sampai aku pulak jumpa kau.”

Caprice bagi respon

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syamsul ini kemudiannya dikongsikan semula oleh Caprice di akaun Tik Toknya. Di dalam perkongsian tersebut, Caprice turut memberikan jawapan padu bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah filem itu.

Sponsored

Caprice melampirkan sekali video di mana dia dan Sharnaaz berjumpa dan duduk berbual di sebuah restoran. Malah mereka juga kelihatan mesra berbual dan ketawa sambil membincangkan mengenai sesuatu sekaligus menepis dakwaan Syamsul yang mengatakan dia lari dari pelakon itu.

@tigerofalquds

kita pernah lari dari sape? 😅 yeahh you are right bro.

♬ original sound – CAPRICE TIGER OF Al QUDS – CAPRICE TIGER OF Al QUDS

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur malah ada yang mengatakan menyokong Caprice kali ini buat pertama kalinya. Dalam masa yang sama, ada juga yang memberitahu isu yang berlaku di antara Caprice dan Sharnaaz telah lama selesai dan tidak perlu diungkit semula.

Sponsored

“Eh kenapa kali ni aku sokong caprice.”

“Rasanya isu tu Caprice dan Sharnaaz dulu dah settle.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok