Terus kongsi foto seksi, netizen nasihat Ameera Khan

Sponsored

Kembali aktif semula di media sosial, Instagram peribadi Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK) membuatkan ramai peminatnya sebelum ini teruja. Mana tidaknya, dia sebelum ini berehat dan bertindak mengosongkan ruangan posting yang pernah dikongsikan.

Walau bagaimanapun, Ameera Khan di Instagram sejak akhir-akhir ini aktif berkongsikan foto-foto ketika berada di Paris. Personaliti media sosial itu difahamkan berada di Paris bagi menghadiri acara fesyen.

Sponsored

Malah turut tular Ameera Khan berpakaian berona kulit sehingga mengundang dia dikecam ramai. Walau bagaimanapun, beberapa perkongsian foto seksi Ameera Khan ternyata membuatkan ruangan komen dihujani juga dengan nasihat netizen terhadapnya.

Imej tersebut membuatkan ramai kurang senang memandangkan adik kepada Neelofa ini baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah. Rata-ratanya juga menasihat Ameera Khan kerana menganggap pakaian dipakainya tidak sesuai.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, setiap perkongsian Ameera Khan mengundang ramai yang kecewa dengan pemilihan pakaiannya pada kali ini yang sebelum ini dianggap sudah berubah.

‘Adik duk wat macam gini. Haish aku pulak pening mikirnya’

Sponsored

‘Dia ni dah kenapa…’

Meskipun dinasihat dan dalam pada itu menerima kritikan ramai namun diruangan komen, ada juga yang tidak setuju dengan komen sedemikian.

‘Mana kita taw, pengakhiran dia nanti berubah macam Neelofa’

‘Kita bukan tak suka, dengki jauh sekali…’