Mahu Kahwin Dua, Ina Naim Bagi Jawapan ‘Setepek’ Pada Suhaimi Saad, “Syamsul Tu Kaya Raya…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, isu kahwin dua hangat diperkatakan di media sosial susulan perkahwinan kedua Syamsul Yusof baru-baru ini. Tidak ketinggalan, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad juga turut meluahkan hasrat ingin berkahwin dua kepada isterinya, Ina Naim.

Menerusi video yang dimuat naik di platform Tik Tok, Suhami Saad bertanyakan kepada isterinya tentang kemahuannya untuk berkahwin dua. Walaupun hanya sekadar jenaka, pertanyaan itu kemudian menerima jelingan tajam dari Ina Naim sebaik sahaja dia mendengarnya.

Sponsored

Dengan nada berseloroh, Suhaimi menjadikan Syamsul Yusof sebagai contoh untuk berkahwin dua. Namun Ina Naim tidak menunggu lama sebelum dia memberikan jawapan ‘setepek’ kepada pertanyaan suaminya itu.

“Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar.”

Sponsored

Jawapan spontan yang diberikan Ina Naim ini turut membuatkan Suhaimi Saad berdekah mendengarnya dan tidak menyangka isterinya akan memberikan jawapan seperti itu. Perkongsian tersebut turut meraih perhatian netizen di mana ia hampir mencapai sejuta tontonan setakat ini.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji pasangan ini yang begitu sporting membuat jenaka megenai isu ini yang dianggap sensitif buat segelintir pasangan.

Sponsored

“Hahaha setepek eh dia bagi. Langsung tak bagi chance.”

“Pandai ina melawak.”

“Bagus SS ni kalau setengah lelaki tak boleh terima walaupun itu kebenarannya.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok