Shuk Sahar Luah Rindu Mahu Berlakon, Berharap Ada Sudi Ambilnya, “Diharapkan Peluang Masih Ada..”

Sponsored

Satu ketika dulu nama pengacara, pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar cukup menjadi perhatian ramai. Ini kerana namanya terpalit kontroversi curang dan keretakan rumahtangga menyebabkan perihal selebriti tersebut menjadi bualan warganet.

Disebabkan itu sekelip mata sahaja namanya jatuh dalam industri hiburan tanah air dan Shuk juga kehilangan pelbagai kerja seperti namanya digugurkan sebagai penyampai radio serta pengacara sebuah rancangan realiti TV.

Sponsored

Shuk luah rindu nak berlakon semula

Terbaharu menerusi laporan Utusan Malaysia, Shuk Sahar luah rindu mahu berlakon semula. Difahamkan Shuk kini sedang sibuk menguruskan perniaagannya untuk menampung hidup.

Shuk atau nama penuhnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar berharap penerbit drama dan filem tempatan dapat berikannya peluang untuk kembali aktif dan membina semula kerjayanya sebagai anak seni.

Sponsored

“Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” kata Shuk yang sudah tidak aktif dalam bidang seni sejak dua tahun yang lalu.

Berniaga untuk kelangsungan hidup

Malah Shuk juga menceritakan yang dirinya berniaga demi kelangsungan hidup. Tambahnya lagi, baru-baru ini Shuk ada terima tawaran berlakon tetapi terpaksa menolak kerana komitmen berniaga di Singapura.

Sponsored

Sebelum ini isu kemelut rumahtangga dan dihimpit kontroversi menyebabkan nama Shuk terus tenggelam. Turut dilaporkan kontroversi dengan pelakon, Fauzi Nawawi yang buat pendedahan dalam program Rumah 107 tentang babak rogol bersama pelakon Raja Farah turut menjadi antara sebabkan nama Shuk terpalit.

“Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” ujar Shuk Sahar luah rindu mahu berlakon semula.