Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana Danielle telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, pelakon Farid Kamil. Walau bagaimanapun, sebentar tadi kedua-dua pelakon berkenaan mendapat perhatian sebaik tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Pasangan pelakon ini hadir bagi proses lantikan Wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Namun begitu, apa yang membuatkan orang ramai tertumpu pula pada Farid Kamil apabila dia dilihat mencuba memujuk isterinya dengan membawa sejambak bunga ros. Tidak hanya itu, Farid Kamil juga menunjukkan cincin yang sudah dibelinya buat Diana Danielle.
“Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat cukup sekadar ada.” Ujarnya kepada mStar.
Usaha pelakon terkenal itu buat memujuk isterinya membuatkan orang ramai tersentuh hati dengan cara tersebut apabila dikatakan tiada lagi lelaki melakukan sedemikian. Netizen bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat perkahwinan mereka.
“Terbaik, pujuklah isteri tu”
“Macam ni la kalau gaduh min, usaha nak pujuk tu ada walaupun satu dunia dah tahu, for sure perempuan akan tundukan ego sikit”
“Bawak bunga pergi Mahkamah untuk pujuk isteri. Rasanya takde lagi lelaki yang buat macam ni…”
“Berusaha sehabis yang boleh Farid, kalau ianya dapat melembutkan hati Diana harap teruskan lagi…”