Pagi tadi pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi menghadapi pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Shuhada. Pelakon lelaki itu tiba diiringi dengan peguam dan beberapa orang pengiring untuk masuk ke dalam mahkamah.
Ramai yang mengharapkan keadilan akan berpihak kepada bekas isteri pelakon itu yang mengalami kecederaan serius pada wajahnya sebelum ini. Selain itu, rata-rata netizen turut tertumpu kepada penampilan Hafidz Roshdi semasa dia hadir di perkarangan mahkamah pagi tadi.
Menerusi video yang dikongsikan pihak media, Hafidz tiba dengan memakai pelitup muka bersama kaca mata hitam. Malah pelakon itu juga siap memakai kemeja berwarna hijau dan sempat memakai jaket tebal berwarna kelabu sebaik sahaja turun dari kereta.
Diperli netizen
Penampilan pelakon itu kemudiannya menerima sindirian dan diperli oleh netizen di media sosial. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen berasa terhibur melihat penampilan pelakon itu yang seolah-olah menghadiri acara pertunjukan fesyen dan bukannya hadir untuk urusan di mahkamah.
Dalam masa yang sama, netizen turut memerli sama ada cuaca di sana adalah sejuk oleh kerana pelakon itu siap memakai jaket tebal ke sana. Malah ada juga yang mempersoalkan pengiring yang begitu ramai menemani Hafidz di perkarangan mahkamah itu.
“Nak pergi overseas ke nak pergi mahkamah ni.”
“Mahkamah ni kat cameron ke? Nampak macam sejuk sangat.”
“Lah masuk mahkamah dah macam nak pergi fashion show. Semoga ada keadilan buat Shu.”
Terdahulu, media melaporkan Hafidz Roshdi menghadapi pertuduhan menumbuk bekas isterinya di kawasan rehat & rawat (R&R) Sungai Buloh. Shuhada kemudiannya membuat laporan polis susulan kejadian terbabit yang telah meninggalkan kecederaan cacat kekal pada wajahnya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.