Siap berpeluk, sikap ‘humble’ Paul Rudd buat Sofyank, “Tak percayalah edit ni”

Sponsored

Baru-baru ini, content creator dan personaliti media sosial yang dikenali sebagai Sofyank atau nama penuhnya Mohamad Sofian Abdulllah mendedahkan bahawa dia akan berjumpa dengan dua pelakon terkenal, Paul Rudd dan Jonathan Majors.

Gara-gara hal itu, ramai menghujani dengan komen positif terhadap Sofyank yang tidak henti-henti semakin berjaya menempa nama sebagai content creator Malaysia yang hebat. Berjumpa dengan selebriti Hollywood bukanlah kali pertama dilakukan oleh Sofyank. Walau bagaimanapun, terbaharu peminat Sofyank terkejut kerana dia akhirnya berjumpa dengan Paul Rudd.

Sponsored
@sofyank96

Siapa nak tengok hasil gambar kitorang ambil together? 🤍 #piantopaulandjonathan #antman #9forstvid

♬ original sound – Sofyank96 – Sofyank96

Lebih menarik perhatian juga apabila Sofyank berkongsikan video dia bersama pelakon terkenal tersebut. Umum diketahui, Paul Rudd cukup popular dengan watak Scott Lang (Ant-Man) dalam filem Marvel dan dikagumi ramai kerana lakonannya itu.

Melihatkan pula dia dalam video bersama pencipta kandungan yang hebat itu tentu sahaja mencetuskan rasa terkedu peminat sehingga ramai berseloroh ia seperti diedit. Dalam muatnaik video kedua, Sofyank berkongsikan beberapa foto dia bersama pelakon terkenal itu.

Sponsored
@sofyank96

Replying to @sembangsembang80 he is so friendly and supportive 🤍

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Hantaran klip video oleh Sofyank terbabit bagaimanapun membuatkan Sofyank sekali lagi dipuji sebagai content creator yang mempunyai level yang cukup berbeza dan pencapaiannya itu dalam pada masa sama menerima ucapan tahniah daripada peminat.

‘Pergh dah level Hollywood’

Sponsored

‘Power edit macam Paul Rudd betul’

‘Apa-apa pun tahniah to you Sofyank, you deserve it’

‘Sapa do kau sebenarnya’

Sumbersofyank96