Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang berita perkahwinan Syamsul Yusof yang telah berkahwin dua bersama Ira Kazar di Thailand. Sebelum ini, pengarah itu menafikan sekeras-kerasnya tentang hubungan itu malah turut mengeluarkan kenyataan akan menyaman pihak JAWI kerana mengeluarkan kenyataan fitnah mengatakan dia sudah berkahwin lagi pada ketika itu.
Selepas berita pernikahan itu dikongsikan oleh Syamsul, bapa kepada pengantin perempuan iaitu pelakon senior Kazar turut menerima tempiasnya. Malah ramai yang berasa marah dengan tindakannya membenarkan anaknya berkahwin dengan suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana ini.
Terbaru, pihak Mstar telah cuba mendapatkan penjelasan dari Kazar mengenai perkahwinan anaknya itu namun gagal. Mereka kemudiannya telah hadir mengunjungi kediaman pelakon senior itu untuk berjumpa dengannya namun difahamkan Kazar berada di Ipoh untuk sesi penggambaran pada waktu tersebut.
“Saya sekarang ini tiada di rumah kerana sedang shooting di Ipoh, mengenai isu perkahwinan ni saya tidak mahu komen apa-apa. Tunggulah, sekarang ni tak boleh nak komen atau ulas apa-apa. Nanti-nantilah.”
Menurut Mstar, mereka cuba mendapatkan penjelasan dari Kazar selepas mereka sekeluarga mendiamkan diri tentang berita pernikahan Ira dan Syamsul Yusof ini walaupun ahli keluarga pengarah filem terbabit meluahkan rasa terkilan atas apa yang berlaku.
Susulan berita pernikahan ini dihebohkan, netizen turut sama meluahkan rasa marah terhadap Kazar yang menjadi wali di dalam pernikahan ini sedangkan dia tahu Syamsul masih lagi adalah suami yang sah kepada Puteri Sarah. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak keluarga Ira Kazar tentang perkahwinan ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.