Berlakon Babak Kena Pukul Lelaki, Netizen Kesian Ummi Nazeera asyik Dapat Watak ‘Air Mata’

Sponsored

Sebut sahaja nama Ummi Nazeera pastinya ramai dapat membayangkan lakonan berbakat dari pelakon wanita ini. Seorang pelakon diakui ramai bakatnya, berilah apa juga watak pada Ummi Nazeera pasti dapat dibawa dengan baik sekali.

Selepas drama Rindu Kasih, nampaknya Ummi Nazeera kini sedang sibuk di lokasi pengambaran dengan judul berbeza. Terbaharu satu muat naik oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan di balik tabir Ummi Nazeera berlakon babak kena pukul lelaki telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Dalam rakaman dipaparkan itu Ummi Nazeera telah terduduk di atas kotak dan turut kelihatan Azhan Rani yang sedang memarahinya. Nampak babak itu sungguh menjadi apabila dilakonkan oleh kedua-dua pelakon hebat tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman di balik tabir yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun ajuahmad ini:

Sponsored

Perkongsian rakaman di balik tabir Ummi Nazeera berlakon babak kena pukul lelaki ini telah membuatkan ramai teruja menyaksikannya dan tidak sabar nak menonton karya terbaharu ini.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen ada warganet yang kesian melihat Ummi Nazeera yang sering mendapat watak mangsa rumahtangga dan seangkatan dengannya. Boleh dikatakan kerap juga Ummi Nazeera dapat karakter berat dan perlu bermain emosi.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen itu:

“Kesian pulak aku dengan Umi Nazeera ni..Asik dapat watak yang banyak bermain dengan perasaan dan airmata..Aku harap dia dapat anugerah setimpak usaha”

“Dua dua berlakon memang best betul”

“Watak dia bawak semua berat2. Sila undi Umi Nazeera untuk pelakon wanita terbaik”