Siti Nordiana Minta Teka Dia Berjiran Dengan Siapa Dalam Cruise, “Macam Jodoh Jer”

Sponsored

Perihal peribadi Shuib yang hidup sebagai bapa tunggal setelah pemergian isteri tercinta sering menjadi perhatian peminatnya. Kini Shuib adalah salah seorang penyampai radio di Suria FM dan juga usahawan menjadikan perjalanan hidupnya agak sibuk.

Pernah beberapa wanita dikaitkan dengan Shuib, namun sehingga hari ini selebriti tersebut masih bergelar duda hangat di pasaran.

Sponsored

Terbaharu satu video yang dimuat naik oleh Siti Nordiana telah kembali membuatkan warganet kaitkan penyanyi ini dengan Shuib.

Siti Nordiana dalam kapal cruise sama

Dalam video tersebut Siti Nordiana memberitahu dia sedang berada di dalam kapal cruise dan jiran biliknya adalah Shuib. Namun tujuan mereka berada di atas kapal itu adalah sempena kerja dengan stesyen radio berkenaan.

Sponsored

Berikut adalah rakaman dengan paparan Siti Nordiana minta teka berjiran dengan siapa di kapal cruise berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok penyanyi ini sendiri:

Perkongsian rakaman Siti Nordiana minta teka berjiran dengan siapa di kapal tersebut dan jawapannya adalah Shuib telah membuatkan netizen suka menyaksikan dua selebriti ini.

Sponsored

Ramai teruja bila nampak Shuib

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang setuju jika pasangan ini disatukan kerana dikatakan sesuai. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Kalau dah jodoh tak kemana. Gi jauh2 pun jumpa”

“Amboi kemain jiran sebelah mader”

“Bestnya kalau jodoh berdua ni”

“Ibu suka betul kalau Nana ada jodoh dengan Shuib”