Sera Dedah Shuk Ajak Tunai Umrah Sebelum Tahu Keputusan Mahkamah, “Titik Permulaan Baru…”

Sponsored

Seperti yang diketahui ramai, sebelum ini hubungan di antara Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera menjadi tegang susulan kes curang yang dilakukan pelawak itu. Namun baru-baru ini, pasangan itu dilihat menunaikan ibadah umrah bersama-sama di Tanah Suci.

Menurut Sera, Shuk yang telah mengajaknya untuk menunaikan umrah bersama-sama sementara menunggu keputusan mahkamah tentang kemelut rumah tangga mereka. Jelasnya, mereka masih lagi menanti keputusan mahkamah dan ianya akan diketahui selepas mereka pulang dari melakukan ibadah umrah ini.

Sponsored

“Untuk umrah ni, ada lah Shuk yang mengajak, sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah. Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing.”

Terima segala keputusan mahkamah

Selain itu, Sera memberitahu apa sahaja keputusan mahkamah tentang kemelut rumah tangga mereka akan diterima sebaiknya. Dalam masa yang sama, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal anak-anak mereka selepas ini.

Sponsored

“Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini.”

Difahamkan, Shuk dan Sera menunaikan umrah bersama beberapa lagi jemaah lain dan rakan-rakan perniagaan Shuk. Sebelum ini, perkongsian gambar pasangan ini menunaikan umrah bersama telah menerima reaksi positif netizen yang mengharapkan ada sinar baru untuk hubungan mereka.

Sponsored

Terdahulu, Sera memfailkan tuntutan cerai terhadap Shuk Sahar pada November tahun lalu selepas pelawak itu didapati curang dengan orang ketiga. Pasangan ini bernikah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang kini berusia enam dan tiga tahun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.