Semenjak mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fatin Afeefa, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang semakin dikenali di media sosial. Sebelum ini, Opai yang bekerja sebagai ‘trader’ sering berkongsikan ilmu tentang kejayaan yang dimilikinya dalam bidang perdagangan saham.
Namun ada kalanya perkongsian yang dimuat naik oleh Opai mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila dia berkongsikan pendapatan yang diraihnya sebagai ‘trader’. Malah ada yang menuduh lelaki itu sebagai berlagak dan riak dengan kekayaan yang dimilikinya itu.
Baru-baru ini, Opai meluahkan rasa kecewa apabila dia sering kali dihina oleh rakyat Malaysia gara-gara pekerjaannya itu. Namun suami kepada pelakon Fatin Afeefa ini memberitahu dirinya begitu dihargai dan dihormati setiap kali dia membuat perjumpaan di luar negara.
“Dibenci Malaysian, disayangi international. Pergi Dubai orang sana respect kita sebagai trader. Singgah Brunei mereka sambut kita seakan raja. Sampai Malaysia, aduh. Aku dihina.”
Tambahnya, dia sering kali dihina oleh netizen di Malaysia dan membuat perbandingan dengan penerimaan orang luar terhadapnya. Menurut Opai, penghinaan yang diterimanya itu adalah kerana rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap pekerjaannya sebagai seorang ‘trader’.
“Siapa yang kena betulkan mindset? Of course rakyat Malaysia.”
Dalam masa yang sama, dia memberitahu kedatangannya di London juga turut disambut baik oleh mereka di sana yang begitu menghormatinya. Dia berkata kehadirannya di sana disambut baik seperti ‘orang Melayu ajak makan’.
Terdahulu, Opai telah menerima kecaman ramai apabila dia dikatakan berlagak gara-gara tidak mahu berterima kasih di atas pemberian ‘gift’ semasa melakukan siaran langsung di Tik Tok. Malah dia turut membandingkan pemberian hadiah bernilai tinggi dengan ‘gift’ murah yang diberikan netizen.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.