PBT Ambil Tindakan Video Tular Pasar Selayang Jadi ‘Jajahan’ Warga Rohingya, “Tunggu Berapa Lama Tahan”

Sponsored

Isu warga Rohingya di Malaysia ini bukanlah baru. Acap kali kita dengar pelbagai luahan dan rungutan penduduk setempat ini dengan warga tersebut.

Terbaharu video seorang lelaki yang menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai Pasar Selayang jadi ‘jajahan’ warga Rohingya telah tular di sosial media.

Sponsored

Dalam video tersebut individu berkenaan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang berniaga secara haram di sekitar kawasan letak kereta berhampiran Pasar Selayang berkenaan.

Berikut adalah muat naik video luahan seorang lelaki mengenai Pasar Selayang jadi ‘jajahan’ warga Rohingya yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Sponsored

Menerusi perkongsian itu dilihat lelaki berkopiah ini pada awalnya membaca papan tanda di larang menjaja di kawasan tersebut. Turut ditunjukkan pelbagai gerai yang dibuka oleh warganegara asing ini siap membuka khemah dan ada juga yang meletakkan peti sejuk di kawasan terbuka tersebut!

Perkembangan terkini, setelah rakaman tersebut tular pihak berkuasa tempatan (PBT) telah pun ambil tindakan segera mengenai rungutan berkenaan.

Sponsored

“Semalam viral, hari ni buat kerja”, kata individu yang merakam apa yang terjadi dalam video berkenaan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka dengan memberitahu apa akan berlaku selepas diserbu PBT kebiasaannya. Berikut antaranya:

“Tindakan untuk haritu je..Lepas ni naik balik..Mana boleh angkat..Nanti tak masyuk gais”

“Jenis PBT viral baru ambil tindakan. Sebelum nie pun sama. Lepas tu berulang lagi”

“Minta PM Anwar Ibrahim selesaikan isu Rohingya ini. Terlalu banyak ‘grey area’ untuk undang2 pelarian Rohingya sehingga mencetuskan permasalahan undang2”

SumberTwitter